Rumah flat jadi tempat simpan mercun

Mercun yang dirampas susulan pembongkaran sebuah rumah flat yang dipercayai dijadikan tempat simpanan mercun.
Mercun yang dirampas susulan pembongkaran sebuah rumah flat yang dipercayai dijadikan tempat simpanan mercun.
A
A
A
PELABUHAN KLANG - Menjadikan rumah flat sebagai stor menyimpan mercun sebelum dijual sempena musim perayaan.

Kegiatan itu bagaimanapun dibongkar Pasukan Polis Marin (PPM) dalam serbuan Ops Gelora di Flat Taman Sri Nelayan, Telok Gong, di sini, semalam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Pelabuhan Klang, Deputi Superintendan Khairuddin Jamal berkata, operasi kira-kira jam 4 petang berjaya mengesan seorang lelaki sedang mengangkat barang masuk ke rumah flat terbabit dalam keadaan mencurigakan.

"Lelaki terbabit kemudian terus melarikan diri selepas menyedari kehadiran anggota PPM.

"Pemeriksaan rumah tidak berpenghuni itu menjumpai banyak kotak berisi mercun yang dianggarkan bernilai RM3,000," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, dipercayai mercun ini akan dijual kepada peniaga di sekitar Klang untuk musim perayaan Tahun Baru Cina.

Katanya, siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti suspek terbabit dalam kegiatan tersebut.

"Kes disiasat mengikut Akta Bahan Letupan 1957," katanya.

Artikel Berkaitan: