Mayat warga emas terbaring atas jalan dilanggar lari

Laporan Sinar Harian 30 November lalu.
Laporan Sinar Harian 30 November lalu.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Mayat seorang wanita warga emas ditemui terbaring di atas jalan di Kampung Kedah, Kampung Kuantan di sini malam kelmarin dipercayai dilanggar sebuah kereta.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan pada jam 3 petang tadi di Hospital Sungai Buloh mendapati punca mangsa berusia 79 tahun maut adalah disebabkan pelbagai kecederaan.

"Mangsa dipercayai terlibat dalam kemalangan jalan raya (dilanggar kereta).

"Kes akan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya dalam satu kenyataan medianya hari ini.

Semalam Sinar Harian melaporkan, mayat seorang wanita warga emas ditemui terbaring di atas jalan di Kampung Kedah, Kampung Kuantan.

Mayat dipercayai berbangsa Melayu itu ditemui seorang lelaki yang menghubungi talian kecemasan MERS 999 kira-kira jam 8.11 malam memaklumkan penemuan mayat mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri serta mengalami kecederaan bahagian kepala.

ARTIKEL BERKAITAN: Mayat wanita warga emas ditemui terbaring atas jalan

Disangka pelepah kelapa rupanya mayat jiran

Artikel Berkaitan: