Pneumokokal: Buat janji temu dengan Klinik Kesihatan dahulu

Rahmad (dua, kanan) menyempurnakan majlis Pelancaran Hari AIDS Peringkat Negeri di Klinik Kesihatan Jalan Gereja hari ini. - Foto Bernama
Rahmad (dua, kanan) menyempurnakan majlis Pelancaran Hari AIDS Peringkat Negeri di Klinik Kesihatan Jalan Gereja hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

MELAKA TENGAH - Ibu bapa yang ingin mendapatkan suntikan vaksin pneumokokal bagi bayi mereka yang lahir sejak 1 Januari lalu diminta membuat janji temu terlebih dahulu dengan Klinik Kesihatan di negeri ini bagi mengelakkan kesesakan dan mengekang pandemik Covid-19.

Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, sebanyak 59 Klinik Desa dan 31 Klinik Kesihatan di Melaka menyediakan perkhidmatan pemberian vaksin pneumokokal di bawah Program Imunisasi Kebangsaan.

“Petugas klinik akan menetapkan jumlah kehadiran ibu bapa dalam satu-satu masa sebagai kepatuhan norma baharu dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

"Orang ramai boleh merujuk laman web jknmelaka.moh.gov.my untuk maklumat lanjut,” katanya pada sidang media selepas majlis Pelancaran Hari AIDS di Klinik Kesihatan Jalan Gereja yang turut dihadiri Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Melaka Datuk Ismail Ali di sini hari ini.

Terdahulu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba semasa melancarkan Program Imunisasi Pneumokokal Untuk Kanak-Kanak Peringkat Kebangsaan di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Raub, Pahang hari ini berkata, pemberian vaksin untuk kanak-kanak yang lahir pada 1 Jan 2020 dan seterusnya itu bermula serentak hari ini di semua Klinik Kesihatan di seluruh negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemberian vaksin pneumokokal tepat pada masa

Pemberian vaksin pneumokokal mulai bulan depan

Pemberian vaksin itu bertujuan menghalang jangkitan bakteria streptococcus pneumoniae atau pneumokokus yang boleh menyebabkan penyakit seperti radang paru-paru (pneumonia), radang sinus (sinusitis), jangkitan telinga tengah (otitis media), radang selaput otak dan saraf tunjang (meningitis) serta jangkitan bakteria dalam darah (septicaemia).

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Rahmad berkata, jumlah kumulatif kes bagi penyakit HIV dan AIDS di negeri ini bagi tempoh 1989 (kes pertama dikesan) hingga September tahun ini, adalah sebanyak 4,322 kes merangkumi 89.5 peratus golongan lelaki manakala 10.5 peratus adalah wanita. - Bernama