X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 01 Disember 2021

Pendakwah selebriti akan ditahan semula: Polis

Huzir Mohamed
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang pendakwah selebriti akan ditahan semula bagi membantu siasatan berhubung enam kes melibatkan individu berkenaan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Huzir Mohamed berkata, pihaknya telah menerima tujuh laporan berkaitan lelaki berusia 25 tahun itu sehingga semalam.

"Kita telah membuka kertas siasatan berhubung kes rogol, seks luar tabii dan cabul," katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman, di sini hari ini.

Huzir berkata, tujuh mangsa yang tampil membuat laporan itu berusia dalam lingkungan 22 hingga 26 tahun.

"Mereka merupakan 'follower' di laman sosial Instagram suspek. Suspek berkenalan dengan mangsa melalui 'direct message' di laman sosial berkenaan," katanya.

Beliau berkata, suspek mengajak mangsa keluar makan atas pelbagai alasan antaranya urusan perniagaan.

"Kemudian suspek membuat helah untuk memperdayakan serta mengajak mangsa pulang ke rumahnya dan berlaku perkara atau perbuatan tanpa kerelaan mangsa," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pendakwah selebriti direman lagi kes salah laku seks

Huzir turut memaklumkan polis telah menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat kes tersebut.

Terdahulu, media melaporkan pendakwah selebriti itu direman lima hari bermula Jumaat lalu bagi membantu siasatan kes merogol seorang wanita di sebuah rumah di Seksyen 7, Shah Alam pada September tahun lalu.

Suspek ditahan kira-kira jam 11 malam pada 26 September lalu selepas tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis terima satu lagi laporan kes cabul babit pendakwah selebriti

Penceramah bebas direman 5 hari siasatan kes rogol

Polis Selangor terima enam laporan berkaitan pendakwah selebriti


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!