Spurs pamer mentaliti matang

Maurinho
Maurinho
A
A
A

PENGENDALI Tottenham Hotspur, Jose Mourinho gembira dengan sikap yang ditunjukkan pemainnya ketika mengikat Chelsea 0-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge, awal pagi tadi.

Menurutnya, sikap pemain Spurs sudah berubah sepenuhnya selepas melihat para pemainnya kecewa apabila gagal mengutip tiga mata penuh.

"Keputusan seri di Stamford Bridge dan menentang pasukan seperti Chelsea biasanya satu perkara yang positif selain kami berjaya berada di kedudukan teratas liga.

"Tetapi pemain menunjukkan kekecewaan dan tidak gembira dengan keputusan tersebut. Ia menunjukkan sikap dan personaliti telah berubah sepenuhnya. Saya gembira dengan apa yang mereka tunjukkan," katanya.

Mengulas mengenai perlawanan tersebut, Mourinho menyifatkan kedua-dua pasukan bermain dengan corak permainan selamat untuk mengelakkan kesilapan.

"Ia adalah perlawanan yang mana kami hormati mereka dan mereka hormati kami. Tiada siapa yang memperjudikan nasib atau cuba menukar arah permainan. Semua orang dalam situasi jika lakukan kesilapan, mereka akan kalah terutama dalam 15 minit terakhir perlawanan.

"Dalam perlawanan ini juga kedua-dua pasukan tidak memiliki banyak peluang. Ia perlawanan yang kami mahu menang tetapi dengan cara selamat," katanya.

Dalam pada itu, Mourinho juga gembira apabila pasukannya kini berada di puncak liga dan mengharapkan aksi konsisten para pemainnya untuk berdepan LASK dalam aksi Liga Juara-Juara, Rabu ini dan menentang Arsenal pada Sabtu depan.

Artikel Berkaitan: