X

Kindly register in order to view this article
!

Jari manis patah cincin tersangkut pada pintu lori

Jari manis seorang lelaki patah selepas cincin dipakainya tersangkut pada pintu lori di sebuah premis di bandar raya ini hari ini.
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang pemandu lori patah jari manis selepas cincin yang dipakainya tersangkut pada pemegang pintu semasa turun dari kenderaan itu di sebuah premis di bandar raya ini hari ini.

Kulit jari lelaki yang berusia 23 tahun itu turut tersiat dan koyak sebelum dia datang sendiri ke wad kecemasan Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk meminta bantuan menanggalkan cincin tersebut.

Bagaimanapun mangsa terpaksa menahan kesakitan hampir 30 minit selepas pihak hospital tidak berjaya mengeluarkan cincin tersebut.

Pihak pengurusan HSI kemudian menghubungi Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Negeri Johor pada jam 3.39 petang sebelum 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau dikejarkan ke wad itu.

Komander Operasinya, Penguasa Bomba Kanan II Khairul Azhar Abdul Aziz berkata, anggota bomba mengambil masa kira-kira 20 minit bagi mengeluarkan cincin itu dengan menggunakan satu unit peralatan khas.

"Jari manis lelaki berkenaan cedera dan operasi tamat pada jam 4.34 petang," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!