'Halo' di kokpit selamatkan Grosjean

[DIKEMASKINI] ROMAIN Grosjean mungkin terbunuh jika tidak terdapat sistem perlindungan 'halo' di kokpit jentera Formula Satu (F1) dipandunya.
Perkara itu diakui pemandu Perancis itu yang terperangkap selama 20 saat di dalam kokpit pada pusingan pertama Grand Prix (GP) Bahrain.
Grosjean dilihat mampu tersenyum melalui rakaman video di hospital iaitu beberapa jam selepas jentera dipandunya pada kelajuan tinggi itu melanggar penghadang litar sebelum terbelah dua dan terbakar.
Selepas insiden itu, pemandu berusia 34 tahun tersebut dibawa ke hospital di Bahrain untuk menerima rawatan susulan tangannya yang melecur.

"Saya mahu menyatakan bahawa saya okey. Terima kasih atas segala doa anda. Saya rasa sistem 'halo' antara yang terbaik diperkenalkan di Formula Satu (F1) dan tanpanya saya mungkin tidak dapat bercakap dengan anda hari ini.
"Terima kasih kepada pasukan perubatan di litar dan hospital. Saya harap dapat membalas setiap mesej anda kepada saya," katanya menerusi satu rakaman video dimuat naik di Instagram miliknya hari ini.

Bapa kepada tiga anak itu yang akan bersara hujung musim ini menerima bantuan doktor, Ian Roberts yang pantas ke lokasi insiden itu.
Roberts yang juga penumpang kereta perubatan di belakang jentera F1 pada pusingan pertama, dibantu pemandunya, Alan van der Merwe yang menggunakan pemadam api untuk memadam kebakaran dan seterusnya mengeluarkan Grosjean.

Dr Ian Roberts and F1 Medical Car driver Alan van der Merwe discuss those crucial few seconds following @RGrosjean's crash in Bahrain
— Formula 1 (@F1) November 29, 2020
An amazing response by all involved #BahrainGP#F1pic.twitter.com/oY2TDffBR3Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
Kok Siang, Pei Tty kembali ke pangkuan BAM
28 Ogos 2026 12:46pmYoung Tigers, Young Tigresses sedia galas cabaran Piala Remaja Asia
28 Ogos 2026 11:49amMarmoush ikut langkah Savio ke Spurs
28 Ogos 2026 10:18amMartinez bakal jadi penyelamat Chelsea
28 Ogos 2026 09:21amEmpat beranak ditemukan mati di kondominium
27 Ogos 2026 11:30pm[INFOGRAFIK] Banjir Nepal: Senarai nama rakyat Malaysia terputus hubungan
28 Ogos 2026 08:53am
