Pemuda Pas ibarat singa ALLAH di Gurun Sahara

Paparan Facebook Syarhan Humaizi
Paparan Facebook Syarhan Humaizi
A
A
A

KUALA LUMPUR – Di saat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Pas diserangan segenap sudut, Pemuda Pas Selangor tampil menyatakan kesetiaan dan istiqamah terhadap pimpinan dan parti.

Ketua Pemuda Pas Selangor, Syarhan Humaizi Halim menyeru Pemuda Pas mara di saf hadapan penuh berani mempertahankan Abdul Hadi dan Pas.

“Maralah kita di saf hadapan. Menderap langkah seiiring mendada penuh berani bak singa ALLAH di Gurun Sahara. Walau berat tamparan yang mengena, namun sudah pasti berat lagi bahu Tuan Guru (Abdul Hadi) yang memikul,” coretnya di Facebook.

Menurut Syarhan Humaizi, ketika ini seluruh ungkapan penghinaan musuh tertumpu kepada Presiden Pas dan parti mencabar amarah mencari ketenangan.

“Di saat kata nista dan tiupan halus fitnah kepada Presiden dan Pas mengoyak tabir kesabaran api kemarahan merabak.

“Ketika musuh melaras senjata menghembur peluru kebencian terarah kepada Presiden Pas dan parti menguji keyakinan dan kesetiaan yang tuntas. Namanya musuh apa sahaja keputusan tetap menjadi alasan walau beribu ulasan.

“Nama pun musuh jangan kata selepas keputusan, sebelumnya lagi bahkan saat tiada apa-apa pun bisa menyentap perasaan,” katanya.

Malah beliau turut menitipkan pesanan agar Abdul Hadi dan seluruh parti Pas untuk terus bersabar.

Artikel Berkaitan:

“Sabar dan thabat lah. Thiqah dan wala' lah. Itulah penawar serta catuan hati yang ditagih walau diperingkat mana kita berada,” ujar beliau.