X

Kindly register in order to view this article
!

JAWI benar akad nikah di masjid luar zon merah

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) memperluaskan kebenaran majlis akad nikah di semua masjid yang tidak berada dalam zon merah berkuatkuasa pada 1 Disember ini. - Foto 123RF
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) memperluaskan kebenaran majlis akad nikah di semua masjid yang tidak berada dalam zon merah berkuatkuasa pada 1 Disember ini.

Pengarahnya, Mohd Ajib Ismail berkata, pelaksanaan itu dibuat berdasarkan data yang dikeluarkan oleh kerajaan dari semasa ke semasa.

Beliau berkata, Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju' (PNCCR) perlu memastikan semua pihak terlibat dalam majlis akad nikah berkenaan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

"Jabatan ini membuat ketetapan memperluaskan kebenaran berkahwin bertujuan untuk memberi lebih banyak pilihan tempat akad nikah kepada pasangan yang ingin melaksanakan majlis akad nikah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

"Ini juga bagi mengelakkan berlakunya perkumpulan kehadiran ramai orang di sesebuah masjid pada satu-satu masa," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Sebelum ini, JAWI hanya membenarkan majlis akad nikah diadakan di Pejabat JAWI Kuala Lumpur, cawangan Putrajaya


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!