Kes tembak di sempadan: Raja Muda Perlis rakam ucap takziah

Antara laporan Sinar Harian berhubung kematian Sarjan Baharuddin Ramli yang terkorban dalam kejadian serangan di sempadan Malaysia-Thailand.
Antara laporan Sinar Harian berhubung kematian Sarjan Baharuddin Ramli yang terkorban dalam kejadian serangan di sempadan Malaysia-Thailand.
A
A
A

KANGAR - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil merakamkan ucapan takziah kepada Relow Alang, isteri mendiang Sarjan Baharuddin Ramli yang terkorban dalam kejadian serangan di sempadan Malaysia-Thailand Selasa lepas.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah baginda berharap keluarga mendiang terus tabah dalam mengharungi ujian dan sesungguhnya pemergian mendiang merupakan kehilangan yang besar buat semua.

"Mendiang merupakan wira negara yang sanggup menggadaikan nyawa demi mempertahankan kedaulatan negara," titah baginda menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Anggota PGA maut ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

'Bapa pernah cakap mungkin nanti kena tembak'

Baharuddin komited dalam tugas

Baginda berdua turut mengutuskan ucapan takziah kepada Komander Briged Utara PGA, Senior Asisten Komisioner Abdul Ghani Mohamad Ji dan Batalion 3 PGA yang diketuai oleh Superintendan Rosman Kasman atas kehilangan itu.

"Beta mendoakan agar seluruh warga kerja serta seisi keluarga sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat, dilanjutkan usia dan dimurahkan rezeki serta dipermudahkan segala urusan," titah baginda.

Artikel Berkaitan:

Dalam insiden awal pagi Selasa, selain Baharuddin, 54, rakannya Sarjan Norihan Tari, 39, cedera parah dalam kejadian berbalas tembakan dengan sekumpulan penyeludup, kira-kira 600 meter dari pos kawalan TS9 di Padang Besar, Perlis. - Bernama