Sidang Dewan Rakyat dilanjut sehingga undi Belanjawan 2021

Had masuk ahli Parlimen ke dalam dewan juga dihadkan untuk 80 ahli Parlimen di blok kerajaan dan pembangkang.
Had masuk ahli Parlimen ke dalam dewan juga dihadkan untuk 80 ahli Parlimen di blok kerajaan dan pembangkang.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Sidang Dewan Rakyat hari ini dilanjutkan sehingga usul Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 peringkat dasar diputuskan.

Ini bagi memberi laluan kepada sembilan lagi kementerian menghabiskan sesi penggulungan sebelum pengundian RUU Perbekalan 2021 atau Belanjawan 2021.

Usul untuk melanjutkan sidang itu diluluskan sebulat suara selepas dibentang Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan.

Beliau membentangkan usul mengikut peraturan 12(1) sebelum disokong Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Setakat ini, sebanyak 20 kementerian telah menggulung perbahasan RUU itu dan sesi penggundian dijangka dilakukan sebaik selesai penggulungan terakhir oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Semalam, Dewan Rakyat menetapkan sidang berjalan sehingga jam 3 petang sebagai sebahagian daripada langkah membendung penularan koronavirus (Covid-19).

Had masuk ahli Parlimen ke dalam dewan juga dihadkan untuk 80 ahli Parlimen di blok kerajaan dan pembangkang.

Artikel Berkaitan: