KKMM jamin peruntukan Jasa dikurangkan: Saifuddin

Saifuddin ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen hari ini. -Foto Bernama
Saifuddin ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen hari ini. -Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Komunikasi dan Mutltimedia (KKMM) memberi jaminan peruntukan RM85.5 juta yang diperuntukkan kepada Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) akan dikurangkan.

Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, bagaimanapun nilai pengurangan itu masih belum dapat ditentukan kerana ia sedang dibincangkan.

"Jumlah tersebut ditetapkan begitu kerana perkiraan dibuat berdasarkan jumlah kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang terhad berbanding apa yang ada," katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) yang mencelah dan membangkitkan bahawa peruntukan RM85.5 juta kepada Jasa sebagai terlalu tinggi.

Saifuddin turut menjelaskan, Kabinet juga bersetuju untuk menyusun semula Jasa kepada Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) dengan memfokuskan kepada tiga komponen utama iaitu, komuniti budaya ilmu, komuniti digital dan komuniti patriotik.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Indera Mahkota itu juga memberi jaminan bahawa J-KOM bukanlah 'mesin propaganda' selagi jabatan itu berada di bawah pengawasan dan tanggungjawab beliau.

“Jangan kata J-KOM ini propaganda kerajaan kerana banyak kelemahan kita dapati di semua peringkat daerah dan negeri dalam menyalurkan maklumat atau dasar kerajaan.

“Kriteria untuk jawatan dalam jabatan ini sama seperti jabatan lain melalui Jabatan Perkhidmatan Awam. Tetapi kriteria utama untuk mengisi jawatan ini adalah harus bersifat ‘internet savvy’,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Saifuddin turut memberi jaminan ketua pengarah dan timbalan ketua pengarah jabatan itu tidak akan dilantik dalam kalangan ahli politik bagi membuktikan ia bukan jentera propaganda politik kerajaan.