X

Kindly register in order to view this article
!

Subsidi ujian saringan untuk pencarum pekerja asing

Saravanan
A
A

PUTRAJAYA - Pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) pekerja asing di empat negeri dan dua wilayah layak menjalani ujian saringan koronavirus (Covid-19) secara subsidi di bawah Program Saringan Prihatin (PSP) Perkeso.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan dalam kenyataannya semalam berkata, PSP Perkeso itu melibatkan pekerja asing yang bekerja di Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Sabah.

"Pekerja asing yang bekerja di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan juga layak.

"Tarikh kuat kuasa saringan akan diumumkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam masa terdekat," katanya.

Menurutnya, kos saringan hendaklah dibayar majikan terlebih dahulu sebelum membuat permohonan subsidi PSP Perkeso.

"Perkeso akan membuat bayaran subsidi sehingga RM60 bagi setiap ujian saringan Covid-19 yang dijalankan.

"Bayaran tersebut hanya dibuat sekali untuk setiap pekerja. Ujian saringan yang menggunakan kaedah RTK antigen perlu dijalankan di klinik atau hospital yang berdaftar sebagai Klinik Panel PSP Perkeso," katanya.

Sementara itu, Saravanan berkata, majikan perlu mengambil langkah proaktif dalam mematuhi Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Sumber Manusia bagi mencegah penularan Covid-19 dalam kalangan pekerja.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!