X

Kindly register in order to view this article
!

Duda, janda antara ditahan edar dadah RM80,450

Shahrul Lalli (tengah) menunjukkan kejayaan sebahagian dadah yang dirampas dalam serbuan yang dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Melaka Tengah, kelmarin.
A
A

MELAKA TENGAH - Seorang duda dan dan janda antara empat individu yang tahan polis di Melaka Raya di sini Isnin lalu kerana disyaki terlibat dengan sindiket pengedaran dadah.

Timbalan Ketua Polis Melaka, Datuk Shahrul Lalli Masduki berkata, keempat-empat individu berusia antara 29 dan 36 tahun itu ditahan bersama dadah jenis syabu yang disembunyikan di tempat duduk penumpang belakang sebuah kereta jenis Perodua Axia.

"Hasil pemeriksaan lanjut dalam kenderaan yang disewa tersebut, polis menemui satu kotak rokok mengandungi satu paket plastik disyaki syabu dengan anggaran berat 3.3 gram.

"Polis turut menemui satu bungkus plastik berwarna hitam mengandungi dua bungkusan plastik teh berisi dua ketulan mampat kristal disyaki syabu anggaran berat 2,136 gram," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah di Banda Hilir di sini hari ini.

Sebahagian dadah jenis Syabu yang dirampas bernilai RM80,450 dalam serbuan di pakir hotel lima tingkat di Melaka Raya pada Isnin lalu.
Sebahagian dadah jenis Syabu yang dirampas bernilai RM80,450 dalam serbuan di pakir hotel lima tingkat di Melaka Raya pada Isnin lalu.

Menurutnya, bekalan dadah bernilai RM80,450 itu dipercayai dibawa salah seorang daripada mereka yang berasal dari Pahang untuk diedarkan di sekitar daerah ini.

"Saringan ujian air kencing turut mendapati tiga suspek termasuk wanita yang berasal dari negeri ini dan bekerja sebagai tukang masak didapati positif syabu manakala seorang lagi negatif.

"Kesemua mereka termasuk duda yang tidak bekerja dari luar Melaka telah membawa bersama surat kebenaran rentas negeri untuk mengelak pihak berkuasa," katanya.

"Kesemua suspek direman tujuh hari sehingga 30 November ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!