X

Kindly register in order to view this article
!

Sorok minuman keras di sebalik tepung

Lori membawa muatan tepung gandum yang digunakan untuk menyeludup minuman keras ke tanah besar Sabah semalam.
A
A

LABUAN - Taktik seorang penyeludup menyembunyikan 350 karton minuman keras di sebalik muatan tepung gandum dalam sebuah lori gagal apabila ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) di Pekan Menumbok, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.15 petang itu, lelaki tempatan berusia 38 tahun yang memandu lori terbabit ditahan selepas didapati cuba menyeludup minuman keras tidak bercukai ke tanah besar Sabah.

Pemangku Pegawai Pemerintah PPM, Inspektor Shafiq Rezza Rahim berkata, bertindak atas maklumat satu Op Terancang dilaksanakan bagi mengekang kegiatan penyeludupan di kawasan berkenaan.

"Hasil maklumat terdapat sebuah lori 10 tan dipercayai bergerak dari Labuan ke Menumbok dengan menaiki feri kenderaan.

"Ketika pemeriksaan dilakukan, terdapat 350 karton minuman keras disembunyikan bersama muatan tepung gandum dalam kargo lori berkenaan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Anggota PPM menunjukkan minuman keras yang cuba diseludup ke tanah besar Sabah semalam.
Anggota PPM menunjukkan minuman keras yang cuba diseludup ke tanah besar Sabah semalam.

Pemeriksaan lanjut mendapati, minuman keras itu dibawa keluar dari Pulau Labuan tanpa cukai dan dipercayai cuba diseludup ke tanah besar Sabah.

"Jumlah keseluruhan nilai rampasan minuman keras termasuk sebuah lori dianggarkan melebihi RM350,000 termasuk cukai.

"Tangkapan dan rampasan diserahkan kepada pegawai penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!