'Agensi pelancongan lebih perlu bantuan, bukan pelancong'

Persatuan Agensi Pelancongan Umrah & Haji Malaysia (Papuh) menggesa Motac memberi perhatian serius bagi membantu agensi pelancongan yang berdepan gulung tikar.
Persatuan Agensi Pelancongan Umrah & Haji Malaysia (Papuh) menggesa Motac memberi perhatian serius bagi membantu agensi pelancongan yang berdepan gulung tikar.
A
A
A

SHAH ALAM - Persatuan Agensi Pelancongan Umrah & Haji Malaysia (Papuh) menggesa Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (Motac) memberi perhatian serius bagi membantu agensi pelancongan yang berdepan gulung tikar.

Presidennya, Datuk Seri Razali Mohd Sham berkata, pihaknya terkilan pengumuman Pakej Menyemarakkan Pelancongan Domestik itu tidak mengambil kira kepentingan agensi pelancongan di dalam Motac.

"Motac hilang hala tuju, sepatutnya membantu agensi pelancongan menyemarakkan pakej domestik dan bukannya menggula-gulakan pelancong domestik dengan lambakan imbuhan baucar dan diskaun.

"Sepatutnya Motac lebih peka mengenai masalah agensi pelancongan yang amat terkesan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB),"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebanyak RM200 juta peruntukan tambahan diberikan kepada Motac bagi pelaksanaan pakej rangsangan di bawah Pelan Pemulihan Pelancongan 2021.

Pelaksanaan pakej rangsangan tersebut termasuk baucar penginapan, diskaun destinasi pelancongan, diskaun pakej pelancongan keluarga serta menyemarakkan seni dan budaya.

Turut termasuk dalam pelan pemulihan tersebut adalah potongan diskaun pengangkutan, diskaun membeli-belah dan perkhidmatan diskaun pakej bagi ‘frontliners’ serta Kempen Meet in Malaysia.

Menurutnya, Akta Industri Pelancongan 1992 (AKTA 482) dirangka untuk menjaga kepentingan agensi pelancongan dan pemandu pelancong di Malaysia,

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, hotel atau premis penginapan hanya Peraturan-Peraturan Industri Pelancongan (Pendaftaran, Pengelasan, Pengelasan Semula dan Penggredan Premis Penginapan Pelancong) 2003.

"Ada antara ahli-ahli kami sudah gulung tikar dan menutup perniagaan mereka. Kami mahu Motac membuka mata dan segera membantu agensi pelancongan di bawah mereka yang sudah tenat menunggu rebah dan berkubur," katanya.

Semalam Motac melaporkan sebanyak 204 syarikat pengusaha pelancongan gulung tikar sejak Mac 2020 dan ini tidak termasuk syarikat tidak lapor.

ARTIKEL BERKAITAN: 204 syarikat berkaitan hotel, resort gulung tikar