Kerajaan sedia RM500 juta kepada penggiat kraftangan, Homestay

Mohamaddin (empat kiri) ketika perasmian festival Kraf Tekstil Pantai Timur.
Mohamaddin (empat kiri) ketika perasmian festival Kraf Tekstil Pantai Timur.
A
A
A

KOTA BHARU - Pengusaha homestay dan kraftangan di negara ini berpeluang mendapat pinjaman menerusi skim pinjaman Kraftangan dan Homestay.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Datuk Mohamaddin Ketapi berkata, permohonan untuk pinjaman tersebut telah dibuka dan akan dinilai dengan bantuan bank yang berkaitan.

"Kerajaan Persekutuan menyediakan RM500 juta yang bertujuan memberi peluang kepada penggiat industri tersebut mengembangkan ekonomi mereka.

"Subsidi sebanyak dua peratus juga akan diberikan daripada nilai bunga pinjaman," katanya kepada media selepas merasmikan Festival Kraf Tekstil Pantai Timur sempena Program Pemerkasaan Komuniti Kraf Malaysia Negeri Kelantan di Dataran Rehal, di sini.

Pinjaman tersebut terbuka kepada semua pengusaha dua industri tersebut mengikut kelayakan yang telah ditetapkan dan permohonan sudah bermula sejak awal tahun ini.

Artikel Berkaitan: