Amaran cuaca buruk di utara Semenanjung Malaysia

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengemas kini amaran cuaca waspada (kuning) yang dikeluarkan petang semalam untuk Perlis dan beberapa kawasan di Kedah serta Perak kepada amaran cuaca buruk (jingga) berkuat kuasa sehingga esok berikutan hujan lebat yang dijangka berterusan di kawasan berkenaan.

Ketua Pengarah MetMalaysia, Jailan Simon dalam satu kenyataan hari ini berkata, terdapat pertambahan kawasan bagi amaran cuaca waspada peringkat kuning dengan hujan lebat dijangka berlaku dikeluarkan untuk kawasan Batu Pahat, Pontian dan Johor Bahru, Johor yang juga berkuat kuasa sehingga esok.

"Keadaan hujan berterusan sedang berlaku di negeri-negeri pantai barat Semenanjung. Amaran cuaca buruk (jingga) berkuat kuasa di Perlis, Kedah (Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu), dan Perak (Kerian, Larut, Matang, Selama dan Hulu Perak).

"Angin kencang barat laut dan timur laut berkelajuan 40 hingga 50 km/jam dengan ombak mencapai 3.5 meter dijangka berlaku di perairan negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kelantan dan Terengganu dalam tempoh itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kejadian ini boleh mendatangkan risiko limpahan air laut di pesisir pantai dan muara sungai kawasan terbabit, menurut kenyataan itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: