Empat kawasan di Kedah catat suhu cecah 37 darjah Celsius

Tujuh kawasan di Semenanjung dan satu di Sabah catat cuaca panas Tahap satu (berjaga-jaga) sekurang-kurangnya untuk tiga hari berturut-turut. - Foto: MetMalaysia
Tujuh kawasan di Semenanjung dan satu di Sabah catat cuaca panas Tahap satu (berjaga-jaga) sekurang-kurangnya untuk tiga hari berturut-turut. - Foto: MetMalaysia
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca panas Tahap Satu (berjaga-jaga) di empat negeri sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut bermula Rabu.

Menerusi kenyataan MetMalaysia di laman Facebook setakat jam 4.30 petang, memaklumkan negeri yang terlibat adalah Kedah, Kelantan, Terengganu dan Sabah.

Di Kedah, kawasan yang terlibat ialah Kubang Pasu, Kota Setar, Pendang dan Padang Terap; Kelantan (Tanah Merah dan Pasir Mas); Terengganu (Besut) dan Sabah (Nabawan).

Agensi itu turut menjelaskan cuaca berkenaan boleh mencecah di antara 35 hingga 37 darjah Celsius.

Orang ramai yang mahu mendapatkan maklumat lanjut boleh layari https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/.