Taktikal Tottenham Hotspur berhasil

Barisan pemain Spurs meraikan jaringan Lo Celso ketika aksi menentang City di Stadium Tottenham Hotspur awal pagi tadi.
Barisan pemain Spurs meraikan jaringan Lo Celso ketika aksi menentang City di Stadium Tottenham Hotspur awal pagi tadi.
A
A
A

PENGENDALI Tottenham Hotspur, Jose Mourinho menyifatkan perancangan dan taktikalnya membuahkan hasil apabila berjaya menundukkan Manchester City 2-0 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi tadi.

Menurutnya, bukan satu tugas mudah untuk menewaskan gergasi EPL seperti City dan kejayaan para pemainnya itu menunjukkan mereka sudah matang dan mampu menjadi antara pasukan pencabar musim ini.

"Saya menggalakkan para pemain untuk bercakap dan meluahkan pandangan mereka. Ini kerana mereka juga sebagai sebahagian daripada taktikal pasukan. Hasilnya mereka mengikut taktikal dengan baik.

"Bagi saya, sangat penting untuk menghormati pasukan seperti City. Mereka sebuah pasukan yang lengkap tetapi tewas dengan pasukan kami yang lebih taktikal. Tetapi City tetap City dengan reputasi sebagai sebuah pasukan hebat," katanya.

Spurs membuka tirai jaringan seawal minit kelima menerusi Son Heung-min sebelum pemain gantian, Lo Celso memastikan tiga mata berharga dengan gol kedua The Lilywhites pada minit ke-65.

Mourinho turut mengakui pasukannya tidak memiliki banyak melakukan percubaan ke arah gawang City berbanding lawan mereka itu, namun dia selesa anak-ana kbuahnya tampil dengan rentak permainan tersebut.

"Sudah tentu anda perlu menjaringkan gol walaupun kami tidak mempunyai banyak peluang. Anda memerlukan penjaga gol yang terbaik untuk menyelamatkan percubaan dalam detik yang getir," ujarnya.

Dalam pada itu, Mourinho menegaskan, dia tidak mahu memikirkan lagi mengenai kejuaraan EPL walaupun The Lilywhites sudah disebut-sebut sebagai pencabar utama musim ini.

Artikel Berkaitan:

"Masih terlalu awal untuk memperkatakan tentang kejuaraan liga. Sekarang kami memang di puncak liga, esok mungkin keadaan akan berubah. Saya tidak mahu fikir mengenai perkara tersebut.

"Apa yang penting adalah saya nampak perubahan dalam pasukan yang berlaku sedikit demi sedikit. Itu adalah lebih bagus daripada memikirkan tentang kejuaraan liga yang masih panjang," jelasnya.