Gagal elak, penunggang maut

Keadaan motosikal yang terbabit kemalangan
Keadaan motosikal yang terbabit kemalangan
A
A
A

RAUB - Seorang penunggang motosikal maut selepas terbabit kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer (KM) 358, Jalan Kuala Lumpur - Kota Bharu di sini, petang semalam.

Dalam kemalangan kira-kira jam 2.30 petang itu, mangsa Mohamad Fikri Che Mohamad, 23, beralamat di Kampung Beta Hilir, Kota Bharu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, pemandu kereta, Mohamad Zulkifli Yunus,24, dari Gua Musang tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati motosikal jenis Yamaha LC 135 yang ditunggang mangsa dalam perjalanan dari arah Raub menghala ke Gua Musang.

“Ketika sampai di lokasi kejadian, mangsa dipercayai gagal mengelak dan merempuh kereta jenis Proton Waja di hadapannya yang ingin memasuki simpang sebelah kanan.

"Akibat pelanggaran itu, mangsa yang bekerja sebagai juruteknik pendingin hawa terpelanting ke atas jalan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: