Sultan Johor berkenan isytihar Pasir Gudang sebagai bandar raya

Sultan Ỉbrahim menyerahkan watikah pemasyhuran pengisytiharan MBPG kepada Hasni di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru hari ini. - Foto Ihsan Royal Press Office (RPO)
Sultan Ỉbrahim menyerahkan watikah pemasyhuran pengisytiharan MBPG kepada Hasni di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru hari ini. - Foto Ihsan Royal Press Office (RPO)
A
A
A

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengisytiharkan Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) sebagai Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) mulai hari ini.

Watikah pemasyhuran pengisytiharan MBPG diserahkan baginda kepada Menteri Besar Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad di Istana Pasir Pelangi di sini hari ini.

Turut hadir, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Pasir Gudang yang diisytiharkan sebagai Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) pada 1 Julai 2008 kini di bawah pentadbiran Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), Zainor Adani.

Pasir Gudang dahulunya dikenali sebagai sebuah perkampungan nelayan kini mempunyai kepadatan penduduk lebih 500,000 orang dan menjadi antara kawasan perindustrian terbesar di Malaysia serta penyumbang utama kepesatan pembangunan di Johor.

Selaras dengan pengisytiharan MBPG, jawatan Yang Dipertua MPPG akan bertukar kepada gelaran Datuk Bandar MBPG.

Terdahulu, Sultan Johor berkenan menerima menghadap Menteri Besar Johor, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Azmi Rohani, Yang DiPertua Jumaah Majlis DiRaja Negeri Johor, Datuk Dr Abdul Rahim dan Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad sempena ulang tahun keputeraan baginda yang Ke-62 hari ini.

Artikel Berkaitan: