X

Kindly register in order to view this article
!

Tiga budak warga Malaysia terkandas di Thailand

Tiga beradik berumur berusia lingkungan 3 hingga 11 tahun terkandas selama lapan bulan di Thailand sejak sempadan Thailand-Malaysia ditutup 18 Mac lalu. Gambar hiasan. - Foto 123RF
A
A

YALA - Tiga beradik warga Malaysia yang berusia lingkungan 3 hingga 11 tahun terkandas selama lapan bulan di Thailand apabila sempadan Thailand-Malaysia ditutup sejak 18 Mac lepas dalam usaha membendung penularan pandemik koronavirus (Covid-19).

Perkara itu berlaku selepas Muhammad Adam Danel Mohd Rozi, 11, Muhammad Arash Raihan, 7 dan Muhammad Muhaimin Putra, 3, mengikut ibu mereka Sakina Museh, 38, yang juga seorang warga Thailand memasuki negara tersebut untuk memperbaharui visa di Yala pada 16 Mac.

Sakina berkata, ketiga-tiga anaknya terpaksa mengikut beliau balik ke Thailand kerana tiada orang menjaga mereka di Malaysia.

“Suami saya (Mohd Rozi Ab Rahman) meninggal dunia pada September tahun lepas akibat kanser.

“Disebabkan keadaan terdesak, saya terpaksa membawa ketiga-tiga mereka balik (tanpa dokumen yang sah) ketika itu kerana tiada orang menjaga mereka,” katanya.

Menurutnya, dua hari kemudian kerajaan Malaysia mengumumkan Perintah Pergerakan Kawalan dan bertindak menutup pintu sempadan bermula 18 Mac.

"Kos memasuki semula Malaysia agak tinggi kerana perlu tanggung kos kuarantin selama 14 hari dan ujian pengesanan Covid-19.

“Saya berharap kerajaan Malaysia dan Thailand sedia membantu kami untuk pulang ke Malaysia. Kami sudah tinggal sehelai sepinggang,” kata penerima bantuan Lembaga Zakat Selangor itu.

Katanya, anak-anaknya sudah beberapa kali bertanya bila boleh balik ke Malaysia kerana ingin meneruskan persekolahan mereka.

Sementara itu, Pejabat Konsulat Malaysia di Songkhla sedang berusaha membantu ketiga-tiga beradik dan ibu mereka pulang ke negara ini. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!