X

Kindly register in order to view this article
!

Jumlah mangsa banjir di Kuala Selangor meningkat

Keadaan banjir yang melanda Kampung Batu 7 Ijok.
A
A

KUALA SELANGOR - Seramai 120 mangsa daripada 71 keluarga dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara (PPS) banjir di daerah Kuala Selangor sehingga jam 10 pagi tadi.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kuala Selangor, Kapten (PA) Shaiful Azril Zainal berkata, tiga PPS yang dibuka ialah di Dewan Serbaguna Desa Coalfields Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Mahang dan terbaharu di SK Ijok.

Menurutnya, daripada jumlah itu, seramai 25 mangsa daripada 10 keluarga dipindahkan ke PPS Dewan Serbaguna Desa Coalfields MDKS sejak Rabu lalu.

"Seramai 52 mangsa daripada 51 keluarga yang kesemuanya penghuni dari Pusat Jagaan Jasheria, Jalan Haji Ehsan ditempatkan di PPS SK Parit Mahang sejak semalam.

"Seramai 43 mangsa daripada 10 keluarga pula dipindahkan ke PPS di SK Ijok yang dibuka semalam," katanya.

Katanya, jumlah mangsa banjir di daerah itu meningkat berikutan hujan berterusan menyebabkan beberapa kawasan rendah dinaiki air.

"Bagaimanapun, beberapa kawasan mulai surut antaranya di Kampung Sri Aman, namun paras air masih sama di Kampung Seri Sentosa," katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!