JPJ Terengganu mahu anggota jaga berat badan

Zulkarnain Yasin
Zulkarnain Yasin
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu mengambil inisiatif menganjurkan 'Body Fit Challenge' bagi menggalakkan penjagaan kesihatan dalam kalangan kakitangan dan anggotanya.

Pengarahnya, Zulkarnain Yasin berkata, program selama sebulan yang bermula pada 3 Disember hingga 3 Januari tahun depan bertujuan melahirkan kakitangan dan anggota yang cergas fizikal (FIT) berkeyakinan serta sentiasa positif.

Katanya, inisiatif menganjurkan program sebegini juga diharap dapat menyediakan kakitangan dan anggota yang menepati kehendak laluan kerjaya selain diharap melahirkan kakitangan dan anggota yang memahami kepentingan aspek pengurusan berat badan melalui amalan pemakanan dan rutin sihat.

"Program dianjurkan ini mengutamakan penyertaan kakitangan dan anggota yang mempunyai indeks jisim tubuh (BMI) 25 dan ke atas kerana pengisian program adalah lebih kepada ingin mengembalikan berat dan BMI yang ideal.