X

Kindly register in order to view this article
!

PKPB dilaksana di Kelantan hingga 6 Disember: Ismail Sabri

Ismail Sabri ketika sidang media mengenai perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kementerian Pertahanan hari ini. -Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Kelantan menjadi negeri terbaru yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), bermula esok sehingga 6 Disember ini ekoran peningkatan kes baharu pandemik koronavirus (Covid-19) di negeri itu.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Yaakob berkata, keputusan dibuat atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) bagi membolehkan kementerian itu menjalankan saringan secara bersasar serta mengurangkan pergerakan penduduk termasuk rentas negeri dan daerah.

“Berdasarkan penilaian risiko yang dilaksanakan KKM, terdapat peningkatan kes Covid-19 yang mendadak di beberapa daerah dan mukim di Kelantan.

“Bagaimanapun, keputusan berkaitan aktiviti agama ditentukan kerajaan negeri,” katanya pada sidang media perkembangan PKPB dan PKP Pemulihan (PKPP) di sini, hari ini.

Beliau turut mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di K Avenue Mega City di Penampang, Sabah bermula 22 November hingga 5 Dis ini yang melibatkan 400 individu di kawasan itu merangkumi pekerja di pejabat, asrama pekerja dan tapak binaan.

“Sehingga 16 November, sebanyak 110 kes positif Covid-19 direkodkan di lokaliti ini. Justeru itu, prosedur operasi standard (SOP) PKPD adalah sama seperti diumumkan sebelum ini,” katanya. - Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!