Salah tak berpeluang lawan Leicester City Isnin ini

Salah dijangka terlepas aksi liga menentang Leicester City di Anfield awal pagi Isnin ini.
Salah dijangka terlepas aksi liga menentang Leicester City di Anfield awal pagi Isnin ini.
A
A
A

PENYERANG sensasi Liverpool, Mohamed Salah sekali lagi diuji positif koronavirus (Covid-19) ketika bersama skuad kebangsaan Mesir.

Menurut Persatuan Bola Sepak Mesir hari ini, pemain Arsenal, Mohamed Elneny turut menjalani ujian sekali lagi dan keputusannya juga positif.

Kedua-dua pemain itu kini menjalani kuarantin selepas mereka turut diuji positif selepas keputusan ujian diperoleh Jumaat lalu.

"Saya berterima kasih kepada semua orang kerana mengirimkan pesanan yang mendoakan kesihatan saya. Saya yakin akan kembali ke padang tidak lama lagi," kata Salah menerusi Twitter.

Perkhabaran terbaharu itu menyaksikan Salah akan terlepas pertemuan Liverpool menentang Leicester City pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield awal pagi Isnin ini.

Salah juga bakal terlepas aksi Liga Juara-Juara menentang Atalanta Rabu depan selain pertemuan dengan Brighton dalam saingan liga Sabtu depan.

Ini adalah tamparan hebat buat Liverpool yang masih tidak pasti dapat menurunkan pemain seperti Thiago Alcantara, Fabinho, Jordan Henderson dan Andy Robertson akibat kecederaan.

Artikel Berkaitan: