Southgate ramal bintang muda England ‘meletup’ lima tahun lagi

Foden menjaringkan gol buat England pada perlawanan berkenaan.
Foden menjaringkan gol buat England pada perlawanan berkenaan.
A
A
A

KEBANYAKAN pemain muda yang diketengahkan England sejak kebelakangan ini dijangka mencapai kemuncak prestasi masing-masing dalam tempoh tiga hingga lima tahun lagi.

Pengurus England, Gareth Southgate berkata, dia percaya perkara itu akan berlaku setelah menyaksikan aksi terbaik yang dipamerkan kesebelasan pemain muda berkenaan ketika menewaskan Iceland 4-0 dalam saingan Liga Negara UEFA di Stadium Wembley, kelmarin.

Menurutnya, kesemua pemain berkenaan dilihat sedang berusaha untuk mencapai tahap kemuncak prestasi masing-masing.

“Dalam tempoh beberapa hari ini, mereka (pemain muda) mempamerkan permainan yang cukup memberangsangkan.

“Walaupun ia perlawanan yang sukar tetapi bagi saya ia ibarat peluang untuk pemain muda ini termasuk juga pemain lebih senior mempamerkan kemampuan masing-masing,” katanya.

Buat kali pertama sejak November 1959, skuad The Three Lions itu dilihat hanya menurunkan dua pemain melebihi usia 30 tahun seperti Kieran Tripier dan Kyle Walker dalam kesebelasan utama berbanding Phil Foden, Mason Mount, Declan Rice dan Bukayo Saka yang berusia 21 tahun ke bawah.

Pada perlawanan berkenaan Rice membuka jaringan buat England pada minit ke-20, sebelum Mount menjaringkan gol kedua pada minit ke-24 manakala Foden menjaringkan dua gol lagi pada minit ke-80 dan 84.

Perlawanan itu juga menyaksikan Iceland terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila Birkir Mar Saevarsoon dilayangkan kad merah pada minit ke-54.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu Southgate berkata, pihaknya masih dalam proses untuk membina pasukan dan meningkatkan lagi tahap persembahan kesebelasan muda dimilikinya.

Katanya, proses berkenaan dilakukan menerusi pengalaman beraksi kesebelasan pemain muda berkenaan ketika mewakili skuad kebangsaan England atau bersama kelab masing-masing.

“Kami masih dalam proses untuk membina pasukan dan ia nyata menggembirakan apabila melihat pemain-pemain muda ini menjaringkan gol.

“Kita akan buat ‘pelaburan’ untuk mereka selain dibantu beberapa pemain senior yang kita miliki,” katanya.