Warga emas maut, motosikal gesel dengan treler

No Image Caption
A
A
A

SEBERANG JAYA - Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal yang ditungganginya terlibat dalam kemalangan setelah bergesel dengan sebuah treler di susur masuk Jambatan Pulau Pinang, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira 2.20 petang itu, mangsa Lim Soon Huat, 66, meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat mengalami kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal yang ditunggangi mangsa bergesel dengan sebuah treler yang baru memasuki susur itu di Kilometer 0.0 Jambatan Pulau Pinang.

"Kemalangan dipercayai berpunca apabila (pemandu) treler sedang memandu di lorong kanan, tiba-tiba datang motosikal (mangsa) telah bergesel dengan treler tersebut di bahagian kiri treler menyebabkan penungggang motosikal tersebut terjatuh dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Nik Ros Azhan berkata, mangsa telah dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk proses bedah siasat dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama

Artikel Berkaitan: