KUFC rombak barisan jurulatih

Kelantan United FC menduduki tangga kelapan Liga Premier musim ini. - Foto FB Kelantan United Football Club
Kelantan United FC menduduki tangga kelapan Liga Premier musim ini. - Foto FB Kelantan United Football Club
A
A
A

KELAB Bola Sepak Kelantan United (KUFC) menyenarai pendek lima calon jurulatih yang bakal membimbing pasukan itu bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Setiausaha Eksekutif KUFC, Wan Mohd Zul Ikman berkata, calon-calon dalam perhatian pasukan terdiri daripada tiga jurulatih tempatan dan dua jurulatih import yang namanya akan dimuktamadkan hujung minggu ini.

Beliau berkata, KUFC membuat persiapan lebih awal dengan beberapa perubahan akan dilakukan bagi memastikan pasukan lebih berdaya saing dalam saingan musim depan yang akan bermula Februari 2021.

“Pastinya kami akan kehilangan pemain dan menerima pemain baharu, selain rombakan terhadap barisan jurulatih musim ini.

"Kami mempunyai senarai pendek calon jurulatih iaitu tiga tempatan dan dua luar negara...hujung minggu ini kami akan umum," katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.

KUFC yang dibimbing Zahasmi Ismail menghadapi kemelut prestasi kurang memuaskan sebelum diambil alih oleh Nazrulerwan Makmor pada pertengahan saingan Liga Premier dan menamatkan saingan di kedudukan kelapan serta layak beraksi dalam kempen Piala Malaysia.

Sementara itu, mengenai pemain import pasukan The Green Deers, Wan Mohd Zul berkata, pihak pengurusan akan memutuskannya dalam masa terdekat selepas perbincangan dalam mesyuarat pengurusan tertinggi pasukan itu.

Katanya, musim ini KUFC menggunakan khidmat tiga pemain import iaitu pemain pertahanan, Adil Kouskous dari Maghribi, Alyton Alemeo dari Brazil dan pemain tengah, Gassama AlFussainey dari Gambia.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, seorang daripada tiga pemain import pasukan itu masih dalam penilaian dan melihat kesesuaian taktikal yang bakal digunakan jurulatih baharu kelak manakala kontrak dua lagi pemain akan berakhir hujung bulan ini. - Bernama