Tak perlu lapor polis 'Bossku' turun Langkawi, kata Rais

Paparan skrin ciapan Rais yang meminta laporan polis terhadap Najib dihentikan.
Paparan skrin ciapan Rais yang meminta laporan polis terhadap Najib dihentikan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pemimpin Bersatu menasihatkan ahli Bersatu di Langkawi agar tidak meneruskan siri laporan polis terhadap kunjungan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Program Bossku bersama rakyat.

Ketua Bersatu Negeri Sembilan, Tan Sri Dr Rais Yatim berkata, tiada keperluan membuat laporan polis terhadap Najib hanya kerana beliau hanya berjalan-jalan dan berswafoto bersama kenalannya di Langkawi.

“Yang benar tetap benar, yang hakiki tetap hakiki. Tak perlu buat laporan polis semata-mata Najib berjalan-jalan di Langkawi dan ambil gambar swafoto atau lepak dengan kenalannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Selfie pun salah ke, soal Najib

“Tunggu saja kes beliau diputuskan oleh mahkamah,” ciap Rais di laman mikro Twitternya, hari ini.

Untuk rekod, Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan berdepan 42 pertuduhan di mahkamah bersabit rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram.

Hari ini, Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima lima laporan polis susulan Program Bossku yang diadakan Najib di Langkawi selama tiga hari bermula semalam.

Katanya, laporan polis itu dibuat oleh anggota Bersatu Langkawi petang semalam susulan program yang diadakan di kawasan Pantai Cenang hari ini.

Artikel Berkaitan: