Banjir: Dua laluan di Hulu Terengganu ditutup

Dua laluan di daerah Hulu Terengganu iaitu Jalan Matang Nibong Kuala Telemong dan Jalan Simpang Gaung-Simpang Sungai Tong di sini ditutup kepada semua kenderaan kerana dinaiki air sehingga paras satu meter sejak awal pagi tadi.

A
A
A

HULU TERENGGANU - Dua laluan di daerah ini iaitu Jalan Matang Nibong Kuala Telemong dan Jalan Simpang Gaung-Simpang Sungai Tong di sini ditutup kepada semua kenderaan kerana dinaiki air sehingga paras satu meter sejak awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, buat sementara waktu ini, pengguna di kedua-dua laluan tersebut dinasihatkan menggunakan laluan alternatif yang ada.

"Bagi Jalan Matang Nibong Kuala Telemong, pengguna boleh menggunakan Jalan Tajin Kuala Telemong dan pengguna di Jalan Simpang Gaung-Simpang Sungai Tong boleh melalui Jalan Sungai Tong-Lebuhraya Pantai Timur (LPT2) susur keluar ke Ajil.

"Hasil pemantauan di kedua-dua lokasi awal pagi tadi mendapati air naik secara mendadak sejak jam 4.30 pagi susulan hujan lebat dan berterusan sejak semalam," katanya dalam satu kenyataan media dikeluarkan hari ini.

Keadaan di Jalan Simpang Gaung-Simpang Sungai Tong Hulu Terengganu yang dinaiki air sejak awal pagi tadi. Foto: Ihsan IPD Hulu Terengganu
Keadaan di Jalan Simpang Gaung-Simpang Sungai Tong Hulu Terengganu yang dinaiki air sejak awal pagi tadi. Foto: Ihsan IPD Hulu Terengganu

Menurut beliau, hasil pemantauan banjir dijalankan sehingga 8.30 pagi tadi di beberapa laluan berisiko termasuk Jalan Kuala Ping-Tasik Kenyir di sini mendapati laluan berkenaan masih boleh dilalui oleh semua kenderaan.

"Bagi Jalan Lubuk Periuk -Jalan Pengkalan pula didapati tidak boleh dilalui kenderaan ringan kerana air sudah naik ke paras 0.5 meter.

"Jalan Tengkawang Lubok-Tasik Kenyir juga ditutup kepada semua kenderaan ringan kerana paras air mula naik sehingga 1.5 meter," katanya.

Artikel Berkaitan:

Anggota polis bertugas turun ke lokasi di Jalan Kuala Ping-Tasik Kenyir Hulu Terengganu membuat pemantauan pagi tadi. Foto ihsan: IPD Hulu Terengganu
Anggota polis bertugas turun ke lokasi di Jalan Kuala Ping-Tasik Kenyir Hulu Terengganu membuat pemantauan pagi tadi. Foto ihsan: IPD Hulu Terengganu

Namun katanya, sehingga pagi ini tiada lagi mangsa pemindahan dibuat dan keadaan cuaca hari ini pula dilihat cerah serta tidak hujan.