X

Kindly register in order to view this article
!

Guan Eng saran hanya UMNO letak calon di Gerik

Lim Guan Eng
A
A

SHAH ALAM - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menggesa parti lain supaya tidak meletakkan calon untuk melawan UMNO pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Gerik berikutan kematian Ahli Parlimen kawasan itu, Datuk Hasbullah Osman semalam.

Guan Eng berkata, PRK yang bakal berlangsung di situ boleh menimbulkan risiko kesihatan dan keselamatan awam berikutan Malaysia berada di tengah-tengah lonjakan tinggi jangkitan Covid-19.

“Keselamatan awam harus didahulukan dan menjadi keutamaan berbanding politik dan pilihan raya. Orang ramai juga tidak dapat melupakan lonjakan jangkitan Covid-19 setelah Sabah terpaksa mengadakan pilihan raya umum kerana politik wang dan cubaan membeli Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk merampas hak rakyat bagi memilih kerajaan negeri mereka sendiri.

“Seharusnya kita perlu berhenti bermain politik pilihan raya sehingga bahaya dan risiko yang ditimbulkan oleh Covid-19 berakhir,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Guan Eng berkata, DAP merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Hasbullah atas pemergian pemimpin UMNO Perak berusia 63 tahun itu.

ARTIKEL BERKAITAN Ahli Parlimen Gerik meninggal dunia

“Walaupun berada di sebelah pihak berlawanan, Hasbullah telah berkhidmat lebih daripada dua penggal sebagai ahli Parlimen dan kepada rakyat di kawasannya,” katanya.

Hasbullah disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung oleh pihak Hospital Raub, Pahang.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!