Teresa Kok tidak prihatin penderitaan rakyat Malaysia: Kagum

Teresa Kok
Teresa Kok
A
A
A

SHAH ALAM - Kelab Jaringan Naib-Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia (Kagum) menyifatkan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok tidak prihatin dengan penderitaan ekonomi rakyat yang terkesan dengan wabak koronavirus (Covid-19).

Ia berikutan Teresa mempersoalkan langkah Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa membenarkan penduduk Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan membuka gerai dan perniagaan kecil di mana-mana kawasan bersesuaian bagi tempoh enam bulan bermula esok.

Ketua Biro Ekonomi Kagum, Omar Al-Khattab Kasim berkata, Teresa sepatutnya lebih peka dengan keadaan yang sedang berlaku kerana beliau mewakili rakyat di kawasan tengah-tengah bandar iaitu Seputeh.

“Kenyataan dan pandangan ini memberi pandangan jelas kurangnya sifat perikemanusian ahli Pakatan Harapan (PH) terutama dalam memastikan kesejahteraan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Teresa turut mendakwa kenyataan Annuar sebagai berbahaya kerana ia seolah-olah 'membuka pintu pagar' untuk menggalakkan orang ramai melanggar peraturan pihak berkuasa tempatan (PBT).

ARTIKEL BERKAITAN: MP Kuala Lumpur sokong Wilayah Bebas Berniaga

Sementara itu, Omar dalam kenyataan sama menyambut baik inisiatif Annuar tersebut bagi meringankan beban susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikhususkan kepada warganegara Malaysia.

“Usaha yang diterajui oleh Annuar ini harus juga dilaksanakan di negeri-negeri lain dalam membangunkan semula ekonomi negara kita,” katanya.

Selain menyambut baik beberapa inisiatif yang bakal dilaksanakan seperti yang telah dibentangkan dalam cadangan Belanjawan 2021, Omar berkata, pihaknya turut berharap kerajaan dapat menimbang kebenaran pengeluaran akaun satu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi mereka yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

Artikel Berkaitan: