X

Kindly register in order to view this article
!

Wanita hiris kemaluan kawan ketika lalok

Seorang lelaki cedera pada kemaluan dipercayai dihiris rakan wanitanya ketika mereka sedang khayal selepas mengambil dadah di Pasar Bandar Baru Farlim, Georgetown semalam.
A
A

GEORGETOWN - Seorang lelaki cedera pada kemaluan dipercayai dihiris rakan wanitanya ketika mereka sedang khayal selepas mengambil dadah di Pasar Bandar Baru Farlim di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, polis menerima panggilan daripada mangsa jam 7.55 pagi yang memaklumkan kemaluannya cedera.

Menurutnya, siasatan mendapati suspek yang berusia 38 tahun itu pergi ke pejabat mangsa yang terletak berdekatan pasar tersebut pada jam 6.30 pagi.

"Mereka kemudiannya mengambil dadah dan berada dalam keadaan khayal. Akibat terlalu khayal, mangsa kemudiannya tidak sedarkan diri.

"Bagaimanapun, mangsa menyedari kemaluannya cedera dan berdarah dipercayai dihiris selepas sedar daripada khayal manakala suspek menghilangkan diri," katanya ketika dihubungi tadi.

Katanya, mangsa dipercayai dicederakan menggunakan objek tajam, namun pemeriksaan mendapati kecederaan dialami tidak serius dan kini dirawat di hospital.

"Semakan mendapati, mangsa mempunyai rekod psikiatri di Hospital Pulau Pinang. Beberapa barang kes termasuk sebilah gunting dipercayai digunakan untuk mencederakan mangsa kita rampas.

"Suspek yang belum berkahwin ditahan di Paya Terubong, Air Itam pada jam 9 pagi semalam dan dia didapati positif methamphetamine serta mempunyai tiga rekod jenayah lampau," katanya.

Soffian berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!