Berakhirkah konflik di bumi Libya?

Kerajaan permuafakatan kebangsaan yang mendapat sokongan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menjadikan bandar raya Tripoli sebagai lokasi pentadbirannya. - Foto AFP
Kerajaan permuafakatan kebangsaan yang mendapat sokongan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menjadikan bandar raya Tripoli sebagai lokasi pentadbirannya. - Foto AFP
A
A
A

RUNDINGAN bagi mewujudkan keamanan di Libya anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Tunisia baru-baru ini berlangsung di tengah-tengah harapan bahawa pertempuran yang berlaku hampir 10 tahun untuk menguasai negara itu akan berakhir.

Ketika rundingan itu berlangsung, terdapat dua kerajaan yang saling bersaingan antara satu sama lain di Libya dan cuba menguasai negara kaya dengan hasil minyak tersebut.

Libya kini ditadbir oleh dua buah kerajaan dengan kerajaan permuafakatan kebangsaan yang disokong oleh PBB sejak tahun 2015 dan beribu pejabat di Tripoli.

Kerajaan itu mendapat sokongan Turki dan Qatar serta militia bersenjata dan kumpulan-kumpulan militan.

Pasukan Kebangsaan Libya (LNA) pula yang diketuai oleh komander Khalifa Haftar adalah merupakan kerajaan yang menguasai bahagian timur negara itu dan ia mendapat sokongan Rusia dan Mesir.

Justeru, rundingan bagi mencari perdamaian itu turut diadakan oleh LNA di bandar Sirte bagi menguasai negara itu.

Namun, kerajaan permuafakatan itu juga memberi amaran bahawa satu gencatan senjata yang dicapai di negara itu pada bulan lalu mungkin menemui kemusnahan.

Artikel Berkaitan:

Rundingan politik bagi mencari perdamaian di Libya diadakan di Gammarthe, kira-kira 465 kilometer ke barat daya ibu kota Tunisia, Tunis. - Foto AFP
Rundingan politik bagi mencari perdamaian di Libya diadakan di Gammarthe, kira-kira 465 kilometer ke barat daya ibu kota Tunisia, Tunis. - Foto AFP

Tuduhan sudah berlaku apabila kerajaan permuafakatan mendakwa LNA telah melancarkan lima latihan tentera dan menuduh askar-askar upahan Rusia menghalang delegasi kerajaan perpaduan daripada mendarat di sebuah lapangan terbang dekat Sirte, Libya.

"Kami tidak mahu tindakan itu akan menyebabkan dialog aman di Tunisia gagal," kata unit pemerintah kerajaan permufakatan kebangsaan dalam satu kenyataan menerusi Twitter dan disiarkan oleh AFP sebelum ini.

Tuduhan seumpama itu kemungkinan akan menyebabkan keamanan yang hendak dicapai tidak akan berlaku.

Negara itu kini dihimpit dengan ketidakstabilan dan keganasan selepas diktator paling lama berkuasa di Libya, Muammar Gaddafi mati dibunuh pada tahun 2011 oleh para pejuang yang menentang pemerintahannya.

Para pejuang itu bangkit menentang pemerintahan Gaddafi yang merupakan seorang pegawai tentera merampas kuasa daripada pemerintah negara itu, Raja Idris pada tahun 1969 dan memerintah kira-kira 42 tahun.

Kebangkitan itu adalah didorong oeh kebangkitan penduduk Arab atau Arab Spring yang menentang pemerintahan bersifat diktator dan korup.

Pejuang-pejuang dan rakyat Libya dalam kebangkitan rakyat itu dengan dibantu oleh anggota-anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) bagi menentang Gaddafi sehingga beliau mati di tangan rakyatnya sendiri.

Libya terjerumus ke dalam kancah peperangan selepas pemimpinnya sebelum ini, Muammar Gadaffi dibunuh oleh rakyatnya sendiri pada tahun 2011.
Libya terjerumus ke dalam kancah peperangan selepas pemimpinnya sebelum ini, Muammar Gadaffi dibunuh oleh rakyatnya sendiri pada tahun 2011.

Pemimpin Amerika Syarikat (AS), Barack Obama pada tahun 2011 bersama Perdana Menteri Britain, David Cameron dan beberapa anggota NATO lain juga telah campur tangan di Libya dengan melaksanakan zon larangan terbang sekali gus menekan pentabiran Gaddafi yang tindak-tanduknya yang anti-Barat dan komunis sememangnya dibenci oleh Barat.

Sejak Gadaffi dibunuh, terdapat penduduk Libya yang kesal kerana tidak menyangka negara itu akan bergolak kerana hidup di negara tersebut semasa pemerintahannya adalah teratur dan barangan masih dijual dengan harga murah.

Namun, negara itu kini berpecah-belah dan berada dalam keadaan tidak stabil berikutan terdapat kumpulan-kumpulan puak yang bertempur di bandar-bandar Libya.

Rundingan politik yang diadakan di Gammarthe, kira-kira 465 kilometer ke barat daya ibu kota Tunisia, Tunis itu bertujuan untuk menyatukan negara tersebut di bawah satu kuasa pentabiran ekekutif dan bukan dua kerahjaan berasingan buat masa ini selain membuka jalan ke arah pilihan raya kebangsaan.

Ia dihadiri oleh 75 delegasi yang dipilih oleh PBB manakala kuasa pentadbiran eksekutif tersebut akan berdepan dengan cabaran untuk menyediakan perkhidmatan asas di negara yang berdepan dengan masalah ekonomi serta pandemik koronavirus itu.

Dalam rundingan itu juga, satu perkembangan positif telah dicapai iaitu persetujuan bahawa pilihan raya Libya akan diadakan dalam tempoh 18 bulan.

Dua buah kerajaan yang saling bermusuhan itu juga bersetuju untuk menarik balik semua tentera asing dan askar upahan dan akan dipindahkan ke Benghazi dan Tripoli sebagai langkah pertama untuk mereka meninggalkan wilayah Libya.

Adakah rundingan yang diadakan di Tunisia iaitu negara berjiran dengan Syria itu akan berjaya dalam misi mencari keamanan di negara tersebut?

Pastinya, PBB meletakkan harapan tinggi kepada Libya.

Ini kerana Utusan PBB ke Libya, Stephanie Williams pernah menyatakan pembunuhan seorang tokoh peguam dan pejuang hak asasi wanita Libya, Hanan al-Barassi yang ditembak mati di jalanan di bandar Benghazi, timur negara itu oleh lelaki-lelaki bersenjata yang tidak dikenali pada Selasa lalu telah mengingatkan betapa perlunya Libya untuk menamatkan krisis yang sudah berpanjangan itu. - Agensi