Selangor siap sedia hadapi fenomena air pasang besar

Fenomena air laut pasang besar diramalkan akan berlaku bermula 15 sehingga 16 November ini di pesisiran pantai negeri Selangor dengan ketinggian paras air laut mencecah 5.8 meter. - Gambar hiasan
Fenomena air laut pasang besar diramalkan akan berlaku bermula 15 sehingga 16 November ini di pesisiran pantai negeri Selangor dengan ketinggian paras air laut mencecah 5.8 meter. - Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor telah mengarahkan persediaan menghadapi bencana tahap tinggi susulan daripada fenomena air laut pasang besar pada Ahad ini.

Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor (UPNB) menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan, persediaan bencana itu melibatkan daerah Klang, Kuala Langat, Sepang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam.

Katanya, fenomena air laut pasang besar itu diramalkan akan berlaku bermula 15 sehingga 16 November ini di pesisiran pantai negeri Selangor dengan ketinggian paras air laut mencecah 5.8 meter.

"Sekiranya cuaca hujan lebat dan keadaan angin kencang berlaku, risiko berlakunya banjir akan meningkat," katanya.

Pada 17 Oktober lalu, beberapa penduduk sekitar Kuala Selangor terjejas ekoran fenomena air laut pasang besar berkenaan yang mengakibatkan kediaman mereka dimasuki air.

Dalam pada itu, UPNB berkata, penduduk di kawasan berisiko dinasihati agar dapat mematuhi arahan pihak berkuasa keselamatan dari masa ke masa.

"Orang awam juga hendaklah mengehadkan aktiviti rekreasi air di pesisiran pantai," katanya.

Artikel Berkaitan: