X

Kindly register in order to view this article
!

PKP: Penjualan van, kereta pacuan empat roda terpakai meningkat

Kereta terpakai mendapat permintaan tertinggi sejak Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) diperkenalkan. Gambar kecil dari kiri: Khairil Anwar, Mohd Azri
A
A

SHAH ALAM - Van terpakai dan kereta pacuan empat roda adalah antara kenderaan yang mendapat permintaan tertinggi sejak Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) diperkenalkan.

Menurut seorang jurujual kenderaan terpakai di Cheras, Khairil Anwar Jaafar, 41, peningkatan tersebut dilihat berlaku pada bulan Mei lalu atas beberapa faktor tertentu.

“Selepas PKPB, ramai pelanggan mencari van dan kenderaan pacuan empat roda kerana ada antara mereka sudah berhenti kerja dan ada yang hilang sumber pendapatan.

“Jadi bila mereka dapat wang pampasan, mereka buat keputusan untuk membuka perniagaan sendiri seperti servis penghantaran, perkhidmatan tarik kereta, menjual makanan dan sebagainya,” katanya ketika ditemu bual oleh Sinar Harian.

Harga van terpakai yang dijual adalah sekitar RM20,000 hingga RM70,000 mengikut jenama, manakala untuk kereta pacuan empat roda adalah RM50,000 ke bawah.

Deretan kereta import di Sayap Niaga Sdn Bhd.
Deretan kereta import di Sayap Niaga Sdn Bhd.

Disebabkan kenderaan tersebut mendapat permintaan yang tinggi dalam pasaran, Khairil berkata, dia menghadapi kesukaran untuk mendapatkan kereta-kereta tersebut.

“Jika kedua-dua jenis kereta ini sudah ada, ia boleh habis terjual kurang daripada sebulan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Sayap Niaga Sdn Bhd di Setapak, Mohd Azri Abdul Razak, 37, menjelaskan, inisiatif serta kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan menyumbang kepada kenaikan jualan kereta terpakai.

“Sejak bulan Mei lalu, ramai pelanggan berpusu-pusu membeli kereta kerana kerajaan beri potongan cukai jualan dan moratorium sehingga bulan Disember 2020.

“Kelonggaran yang diberikan ini juga secara tidak langsung memberi satu lonjakan yang bagus kepada industri automobil.

“Walaupun hasil jualan tidaklah setinggi dulu tapi kami masih mampu menjual sebanyak 20 unit kereta sebulan,” katanya.

Dengan keadaan ekonomi yang sukar dijangka, Mohd Azri berharap kerajaan melanjutkan tempoh moratorium serta mengekalkan potongan cukai jualan kereta dan kadar faedah pinjaman yang rendah untuk merancakkan industri automobil.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!