Lelaki pandu lawan arus direman tiga hari

Lelaki yang memandu Perodua Axia melawan arus di Sungkai kelmarin dibawa ke Mahkamah Majistret Tapah untuk direman hari ini.
Lelaki yang memandu Perodua Axia melawan arus di Sungkai kelmarin dibawa ke Mahkamah Majistret Tapah untuk direman hari ini.
A
A
A

TAPAH - Pemandu Perodua Axia yang ditahan kerana memandu melawan arus hingga menyebabkan kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Lebuhraya Utara - Selatan arah utara berhampiran Sungkai kelmarin direman selama tiga hari bermula hari ini.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Mohd Harith Mohd Mazlan di Mahkamah Majistret Tapah hari ini bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sinar Harian semalam melaporkan tindakan berbahaya lelaki berusia 34 tahun itu memandu di lorong kanan secara melawan arus sejauh 1.4 kilometer dari susur masuk tol Sungkai sehingga Kilometer 355.4 lebuh raya tersebut kerana mahu lari daripada sekatan jalan raya.

Akibat tindakan berbahaya itu, tiga kenderaan termasuk sebuah treler terlibat kemalangan di lebuh raya tersebut kira-kira jam 6.06 petang.

Bagaimanapun, ketiga-tiga pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kejadian itu dirakam seorang pengguna lebuh raya hingga video berdurasi 16 saat tular di laman sosial Facebook.

ARTIKEL BERKAITAN: Pandu kereta lawan arus lari sekatan jalan raya

Artikel Berkaitan: