Gomez buat Klopp pening kepala

GOMEZ
GOMEZ
A
A
A

KECEDERAAN Joe Gomez ketika sesi latihan skuad England semalam menambahkan kesukaran yang dihadapi pengendali The Reds, Jurgen Klopp di benteng pertahanan Liverpool.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh kelab itu, Gomez akan menjalani pemeriksaan terlebih dahulu dan tidak menolak dia kemungkinan besar terpaksa berehat panjang.

"England telah mengumumkan Gomez terpaksa dikeluarkan daripada skuad selepas mengalami kecederaan lutut ketika dalam sesi latihan.

"Gomez akan menjalani pemeriksaan lanjut dengan pasukan perubatan kami dan perkembangan selanjutnya akan dimaklumkan kemudian," kata kenyataan itu.

Sebelum ini, Klopp telah kehilangan Virgil van Dijk akibat kecederaan lutut selain Fabinho yang mengalami kecederaan pangkal paha minggu lalu.

Trent Alexander-Arnold turut mengalami kecederaan dan dijangka berehat empat minggu. Ia menyaksikan Liverpool hanya memiliki Joel Matip dan Andy Robertson sebagai pertahanan senior dalam pasukan.

Klopp bagaimanapun menegaskan dia akan menggunakan pemain yang ada selain akan membawa masuk pemain muda untuk mengisi posisi tersebut jika diperlukan.

"Sebelum ini Rhys Williams dan Nat Phillips beraksi baik bersama pasukan. Saya percaya peluang perlu diberikan kepada kedua-dua mereka.

Artikel Berkaitan:

"Malah, Jordan Henderson juga pernah bermain di bahagian pertahanan dan saya mungkin akan gunakkannya jika diperlukan," katanya.