X

Kindly register in order to view this article
!

Fitnah Muhyiddin: Bersatu gesa portal berita mohon maaf

Wan Saiful (dua dari kiri) hadir ke IPD Dang Wangi untuk membuat laporan polis hari ini.
A
A

KUALA LUMPUR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menggesa sebuah portal tempatan untuk membuat permohonan maaf terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin susulan siaran artikel yang mengaitkan pemimpin itu terhadap isu saman terhadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan berkata, terdapat satu perenggan dalam artikel disiarkan pada 7 November lalu itu yang memberi tanggapan dan menimbulkan kekeliruan rakyat terhadap kepimpinan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri dan Presiden Bersatu.

"Artikel itu memberi maksud seolah-olah Muhyiddin mengarah peguam untuk menyaman Agong.

"Bagi pihak Bersatu, kami merasakan ini satu fitnah yang besar kepada Muhyiddin yang tidak patut dilakukan oleh mana-mana laman berita," katanya ketika hadir membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi hari ini.

Beliau berkata, berdasarkan dengan perbincangan penasihat undang-undang Bersatu, didapati ada kemungkinan besar kesalahan yang dilakukan itu boleh disiasat di bawah Kanun Keseksaan serta Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Katanya, pihaknya juga akan mempertimbangkan untuk memulakan tindakan undang-undang kepada laman portal atau penulis artikel berkenaan.

Justeru, pihaknya menggesa portal berkenaan untuk memohon maaf terhadap Muhyiddin serta menarik balik laporan berkenaan.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!