X

Kindly register in order to view this article
!

Putera Mahkota Bahrain dilantik sebagai Perdana Menteri

Sheikh Salman Hamad al-Khalifa dilantik sebagai Perdana Menteri negara itu bagi menggantikan bapa saudaranya, Putera Khalifa Salman al-Khalifa. - Foto AFP
A
A

MANAMA - Putera Mahkota Bahrain, Sheikh Salman Hamad al-Khalifa dilantik sebagai Perdana Menteri semalam selepas kematian bapa saudaranya, Putera Khalifa Salman al-Khalifa yang memegang jawatan itu sejak negara tersebut merdeka pada tahun 1971.

Sebelum ini Putera Khalifa yang juga Perdana Menteri paling lama berkhidmat meninggal dunia ketika berusia 84 tahun ketika menjalani rawatan perubatan di Amerika Syarikat (AS), lapor media kerajaan.

Beliau ialah tokoh kontroversi semasa memerintah selama lima dekad dan didakwa menentang perubahan serta memerangi para aktivis.

Putera Khalifa juga tokoh yang tidak popular di negara yang mempunyai ramai penduduk Syiah itu tetapi diperintah oleh pemerintahan beraja Sunni.

Putera Khalifa Salman al-Khalifa meninggal dunia ketika memegang jawatan Perdana Menteri Bahrain di Amerika Syarikat semalam. - Foto AFP
Putera Khalifa Salman al-Khalifa meninggal dunia ketika memegang jawatan Perdana Menteri Bahrain di Amerika Syarikat semalam. - Foto AFP

Ketika para penunjuk perasaan menduduki Dataran Manama selama sebulan pada tahun 2011 sebelum disingkirkan pasukan keselamatan Arab Saudi, mereka menuntut supaya beliau berundur daripada jawatannya.

Penggantinya pula daripada satu generasi baharu berpendidikan Barat dan pernah cuba membina hubungan dengan para penentangnya.

Selepas belajar di AS dan Britain termasuk memperoleh ijazah sarjana dari Universiti Cambridge, Sheikh Salman, 51, berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri Pertama dan Timbalan Komander Pasukan Pertahanan Bahrain.

Sultan Bahrain, Sultan Hamad Isa al-Khalifa mengeluarkan dekri bagi melantik anak lelakinya itu sebagai Ketua Majlis Menteri-Menteri dengan kadar segera, lapor Bahrain News Agency.

Majlis pengebumian Putera Khalifa akan dilakukan selepas jenazahnya dibawa pulang dari AS.

Berikutan pandemik koronavirus (Covid-19), hanya sejumlah kecil orang dibenarkan menghadiri pengebumian tersebut.

Negara itu akan berkabung selama seminggu manakala bendera Bahrain dikibarkan separuh tiang dan pejabat-pejabat kementerian dan jabatan kerajaan juga ditutup selama tiga hari. - AFP


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!