Wanita ditemui mati dalam rumah

Mayat mangsa dibawa ke bilik Unit Forensik Hospital Besut untuk tindakan lanjut.
Mayat mangsa dibawa ke bilik Unit Forensik Hospital Besut untuk tindakan lanjut.
A
A
A

BESUT - Seorang ibu tunggal ditemui mati dalam keadaan tertiarap di rumahnya di Felda Tenang, Hulu Besut di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, mayat mangsa Ramlah Ismail, 59, pembantu kantin sekolah ditemui jirannya kira-kira 5.30 petang selepas diminta oleh kakak mangsa untuk melihat keadaan adiknya yang tidak boleh dihubungi sejak Selasa lepas.

Menurutnya, apabila jiran sampai di rumah mangsa, dia dapati pintu luar tertutup rapat tetapi tidak berkunci manakala pintu biliknya berkunci.

“Apabila pintu bilik berjaya dibuka, lelaki tersebut dapati mangsa sudah meninggal dunia dalam tertiarap dalam keadaan bau busuk,” katanya.

Mohd Zamri berkata lagi, kali terakhir kakak mangsa yang tinggal di Kampung Raja cuba menghubungi adiknya pada Selasa lepas tetapi tidak berjawab.

Menurutnya, hari ini kakak mangsa cuba menghubungi lagi kira-kira jam 12 tengahari namun juga tidak berjaya menyebabkan dia meminta bantuan jiran adiknya untuk pergi melihat mangsa.

Ujarnya, mangsa yang tidak mempunyai anak tinggal seorang diri di rumah tersebut selepas berpisah dengan suaminya dua tahun lalu.

“Hasil pemeriksaan pada fizikal dipercayai simati telah meninggal dalam tempoh dua hingga tiga hari lalu manakala pemeriksaan pada badan mendapati tidak ada unsur jenayah malah barang kemas masih di badan simati.

Artikel Berkaitan:

“Telefon dan juga bag duit simati turut dijumpai di dalam bilik sementara bilik tidak berselerakan dan polis mengklasifikan kes ini sebagai mati mengejut,” katanya.

Mohd Zamri berkata, bagaimanapun mayat mangsa kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Besut untuk bedah siasat.