X

Kindly register in order to view this article
!

Rasuah: Tiga termasuk dua bergelar Datuk direman

A
A

PUTRAJAYA - Tiga pengarah syarikat termasuk dua bergelar Datuk direman lima hari sehingga 14 November (Sabtu) kerana disyaki memberi rasuah berjumlah jutaan ringgit kepada pegawai syarikat telekomunikasi untuk mendapatkan nombor telefon pelanggan bagi tujuan penipuan sistem pesanan ringkas (SMS).

Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), ketiga-tiga lelaki berumur antara 41 dan 48 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya antara jam 9 malam hingga 11 malam semalam selepas hadir untuk memberi keterangan.

Terdahulu, suspek yang memakai baju lokap berwarna jingga SPRM tiba pada jam 10.45 di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini.

Perintah reman terhadap ketiga-tiga lelaki itu dikeluarkan oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim selepas SPRM membuat permohonan itu.

Menurut sumber SPRM, ketiga-tiga lelaki itu merupakan pengarah bagi tiga syarikat berlainan disyaki telah membayar pegawai syarikat telekomunikasi bagi mendapatkan nombor telefon pelanggan untuk digunakan sindiket penipuan pembekal kandungan menerusi SMS dengan mengenakan bayaran langganan tanpa pengetahuan dan persetujuan pelanggan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 16 (b)(A) Akta SPRM. - Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!