AS kenakan sekatan terhadap 19 individu, entiti Syria

AS mengenakan sekatan terhadap 19 individu Syria termasuk kumpulan militia kerana dituduh terbabit dengan kekejaman. Foto Xinhua
AS mengenakan sekatan terhadap 19 individu Syria termasuk kumpulan militia kerana dituduh terbabit dengan kekejaman. Foto Xinhua
A
A
A

WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) pada semalam mengenakan sekatan terhadap 19 individu Syria termasuk kumpulan militia kerana dituduh terbabit dengan kekejaman, lapor Agensi Anadolu.

Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo berkata, tindakan itu diambil kerana mereka termasuk komander tertinggi pasukan keselamatan Syria, Saqr Rostom "cuba untuk menghentikan gencatan senjata di Syria."

"Sekatan itu menyasarkan komander tentera, anggota parlimen, entiti kerajaan Syria dan pembiaya," katanya dalam satu kenyataan.

Antara yang disenarai hitam, anggota parlimen rejim Syria Nabil Toumeh Mohammed, Amer Taysir Kheiti dan Hussam Ahmed Rushdi Al-Qatirji.

Ketua Unit Perisikan Tentera Udara Syria, Ghassan Ismail dan ketua Direktorat Keselamatan Politik Syria, Nasr al-Ali turut dikenakan sekatan.

Mereka yang menjalankan urusan perniagaan dengan mana-mana 19 individu dan entiti itu turut berisiko dikenakan sekatan oleh AS.

Jabatan Perbendaharaan mengesahkan sasaran seterusnya ialah di sektor minyak Syria, termasuk Arfada Petroleum dan SALizar Shipping SAL yang masing-masing berpusat di Syria dan Lubnan.

Syarikat berkenaan didakwa mempunyai kontrak dengan rejim itu untuk membangunkan sektor minyak di Syria. - Bernama

Artikel Berkaitan: