Armenia-Azerbaijan tamat pertempuran di Nagorno-Karabakh

Tentera Azerbaijan melepaskan bedilan meriam ke arah kedudukan para pemisah dari Armenia dan Nagorno-Karabakh. - Foto AFP
Tentera Azerbaijan melepaskan bedilan meriam ke arah kedudukan para pemisah dari Armenia dan Nagorno-Karabakh. - Foto AFP
A
A
A

YEREVAN - Armenia dan Azerbaijan hari ini bersetuju menamatkan pertempuran yang berlaku selama beberapa minggu berhubung wilayah Nagorno-Karabakh yang berada dalam wilayah Azerbaijan.

Persetujuan itu dicapai selepas satu siri kemenangan Azerbaijan dalam usahanya untuk mengambil semula wilayah yang bergolak tersebut daripada para pemisah yang disokong Armenia.

Pengumuman yang dibuat pada jam 1 pagi ini waktu tempatan telah mencetuskan kemarahan di Armenia dengan para penunjuk perasaan menyerbu ibu pejabat kerajaan di Yerevan dan menggeledah pejabat dan memecahkan tingkap.

Ribuan orang lagi berhimpun di luar bangunan bagi mendesak peletakan jawatan Perdana Menteri Armenia, Nikol Pashinyan selepas beliau mengumumkan perjanjian berkenaan bagi menamatkan pertempuran.

"Saya telah menandatangani satu kenyataan dengan Presiden Rusia (Vladimir Putin) dan Azerbaijan berhubung berakhirnya perang Karabakh," kata Pashinyan.

Beliau juga menyatakan tindakan itu merupakan "kesakitan yang tidak terkata untuk saya secara peribadi dan rakyat kami."

"Saya telah mengambil tindakan ini sebagai hasil keputusan daripada analisis mendalam mengenai situasi ketenteraan," tambahnya dengan menyatakan "gencatan senjata merupakan penyelesaian yang terbaik".

Presiden Azerbaijan, Ilham Aliyev berkata, Pashinyan tidak mempunyai pilihan lain selain menandatangani "perjanjian bersejarah" itu.

Artikel Berkaitan:

"Terdapat tangan besi yang memaksanya untuk menandatangani dokumen tersebut," kata Aliyev menerusi kenyataan di televisyen.

Beliau berkata, perjanjian itu memberikan Armenia waktu yang singkat untuk mengundurkan tentera dari sebahagian Nagorno-Karabakh manakala Rusia dan Turki iaitu sekutu Azerbaijan kemungkinan akan terlibat dalam gencatan senjata tersebut.

Presiden Rusia, Vladimir Putin mengesahkan kedua-dua pihak bersetuju untuk melakukan satu gencatan senjata sepenuhnya di zon konflik tersebut.

Perjanjian itu akan menamatkan pertempuran selama enam minggu berhubung Nagorno-Karabakh iaitu sebuah wilayah didiami etnik Armenia tetapi pada asalnya merupakan wilayah milik Azerbaijan.

Para pejuang pemisah Nagorno-Karabakh sebelum ini memisahkan wilayah tersebut daripada kawalan Azerbaijan melalui perang yang berlaku pada tahun 1990an.

Sekurang-kurangya 1,000 orang telah terkorban termasuk orang awam, namun jumlah sebenar yang terbunuh dalam pertempuran selama enam minggu itu dipercayai jauh lebih tinggi. - AFP