Status ECRL akan diumum secepat mungkin: Tun M

Tun M selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden PH di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini, hari ini.
Tun M selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden PH di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini, hari ini.
A
A
A

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed berkata, keputusan berhubung kontrak projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan diumumkan secepat mungkin.

Dr Mahathir berkata, rundingan berkaitan kontrak projek tersebut masih berlangsung dengan pihak-pihak berkenaan.

"Kita masih tidak boleh memaklumkan status perkembangan projek berkenaan kerana masih menunggu keputusan perbincangan itu.

“Saya tidak boleh cakap apa yang berlaku kerana masih tunggu keputusan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden PH di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini.

Beliau ditanya pemberita berkaitan status terkini projek berkenaan susulan laporan sebuah media asing semalam yang mendakwa China menawarkan untuk mengurangkan hampir separuh kos pembinaan projek tersebut.

Tawaran untuk mengurangkan perojek bernilai AS$20 bilion itu dibuat China dalam usaha menyelamatkan mercu tanda projek pembangunannya di Asia Tenggara.

Sebelum ini beberapa kenyataan dibuat menteri PH bercanggah dan status sebenar masih dalam tanda tanya.

ARTIKEL BERKAITAN:

Artikel Berkaitan:

Kerajaan batal projek ECRL

PM tak tahu kontrak ECRL dengan CCCC batal

Pembatalan ECRL tidak jejas hubungan dengan China

Pembatalan ECRL: Tunggu apa kata Guan Eng