Bandar pintar Kedah, KKMM sedia beri bantuan

Dari kiri Mohd Firdaus dan Eddin Syazlee ketika melawat konti radio Kedah FM di Jabatan Penyiaran Malaysia Kedah, hari ini.
Dari kiri Mohd Firdaus dan Eddin Syazlee ketika melawat konti radio Kedah FM di Jabatan Penyiaran Malaysia Kedah, hari ini.
A
A
A

ALOR SETAR - Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) sedia membantu Kedah membangunkan bandar pintar di negeri ini kerana banyak kesan positif yang boleh diraih hasil pembangunan projek lestari tersebut.

Timbalan Menteri KKMM, Eddin Syazlee Shith berkata, antara impak yang boleh diperolehi adalah ia mampu membuka peluang pekerjaan baharu selain merangsang pertumbuhan ekonomi lebih baik dalam era ekonomi digital hari ini.

Memuji usaha berkenaan dan akan menggerakkan semua agensi berkaitan di bawah KKMM untuk merealisasikan hasrat dan sasaran kerajaan Kedah.

"Semua agensi di bawah KKMM akan membantu dan menjayakan pembangunan bandar pintar. Kita juga akan menggunakan semua pusat-pusat internet untuk sama-sama menjayakan misi ini," katanya pada sidang media selepas taklimat oleh ketua-ketua jabatan agensi di bawah KKMM Kedah di Jabatan Penyiaran Malaysia Kedah, Jalan Kuala Kedah, dekat sini, hari ini.

Sebelum ini, Exco Penerangan, Komunikasi dan Multimedia dan Badan-badan Bukan Kerajaan Kedah, Mohd Firdaus Ahmad berkata, Kedah bercadang meneruskan semula idea pembangunan bandar pintar di seluruh negeri ini selari dengan kehendak revolusi industri 4.0.

Dalam pada itu, Eddin Syazlee berkata, buat masa sekarang, Kerajaan Pusat sedang memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur komunikasi dan belum ada cadangan untuk tambahan atau mengurangkan bilangan pusat internet sedia ada.

"Macam-macam pandangan dan cadangan yang kita terima tentang pusat internet dan ada pro dan kontranya.

"Secara peribadi saya lihat banyak lagi kawasan luar bandar yang memerlukan perkhidmatan internet dan kita akan pertimbangkan nanti untuk tentukan mana yang perlu ditutup atau diteruskan," katanya.

Artikel Berkaitan: