Bahagian gelap bulan cecah -190 darjah Celsius

Suhu bahagian gelap bulan adalah jauh lebih sejuk daripada data asal.
Suhu bahagian gelap bulan adalah jauh lebih sejuk daripada data asal.
A
A
A

BEIJING - CHINA. Kenderaan perayau yang mendarat di kawasan gelap bulan mendapati suhu bahagian itu pada waktu malam adalah jauh lebih sejuk daripada data asal, menurut Pentadbiran Angkasa Kebangsaan China (CNSA), semalam.

Suhu pada kawasan itu menjunam kepada - 190 darjah Celsius ketika pemerhatian pertama Chang'e 4 di permukaan bulan.

"Ia adalah lebih sejuk daripada yang diramalkan saintis," ujar agensi angkasa itu.

Suhu pada waktu malam itu direkodkan Chang'e 4 selepas ia diaktifkan pada Rabu susulan berjaya mendarat pada bulan lalu.

Pengarah Eksekutif misi itu, Zhang He berkata, ia adalah suhu paling rendah berbanding pernah direkodkan oleh misi angkasa Amerika Syarikat (AS) sebelum ini.

"Ia mungkin disebabkan perbezaan komposisi kawasan antara kedua-dua belah bulan tersebut," jelasnya. - AFP

Artikel Berkaitan: