X

Kindly register in order to view this article
!

Petronas bayar dividen tambahan RM10 bilion menjelang akhir November

Petronas telah meluluskan bayaran dividen tambahan sebanyak RM10 bilion kepada kerajaan Persekutuan menjelang akhir November 2020. - Foto 123rf
A
A

KUALA LUMPUR - Petroliam Nasional Bhd (Petronas) telah meluluskan bayaran dividen tambahan sebanyak RM10 bilion kepada kerajaan Persekutuan menjelang akhir November 2020 berikutan penularan pandemik koronavirus (Covid-19) yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Syarikat minyak nasional itu berkata, ia sebelum ini komited untuk mengekalkan pembayaran dividen RM24 bilion yang dijadualkan kepada kerajaan berdasarkan prestasi tahun kewangan 2019 dan mengesahkan bahawa syarikat itu telah membayar dividen sepenuhnya seperti yang dirancang untuk tahun ini.

“Dalam menentukan sama ada dividen tambahan ini mampu dibayar, pihak lembaga Petronas pertama sekali berpuas hati bahawa syarikat masih mampu membiayai operasinya dengan selesa, membayar hutang dan memenuhi kewajipannya serta melabur untuk pertumbuhan masa depan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Petronas, ia tetap tegas dalam usahanya mengekalkan simpanan tunai dan memperkukuh daya tahan kewangannya dalam situasi yang tidak menentu ini.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, Petronas akan membayar dividen RM34 bilion kepada kerajaan Persekutuan tahun ini.

Pada 2019, Petronas membayar dividen kepada kerajaan Persekutuan berjumlah RM54 bilion, termasuk dividen khas sebanyak RM30 bilion. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Petronas akan bayar dividen RM34 bilion kepada kerajaan


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!